Lima nelayan asing ditahan langgar syarat lesen, permit - Utusan Malaysia

Lima nelayan asing ditahan langgar syarat lesen, permit

Sebuah bot nelayan warga asing yanv ditahan dalam Op Bentang Laut di perairan Kuala Kedah semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah menahan sebuah bot pukat tunda kelas C dalam Op Benteng Laut di sekitar tiga batu nautika dari muara Kuala Kedah di sini semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, pihaknya turut menahan seorang tekong dan empat nelayan warga asing dalam operasi pada pukul 4.20 petang.

Menurutnya, tekong terbabit dan tiga kru warga Thailand serta seorang lagi warga Kemboja itu berusia antara 35 hingga 51 tahun.

“Hasil pemeriksaan mengesyaki bot tersebut melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 atas kesalahan melanggar syarat sah lesen dan kesalahan di bawah Seksyen 15 (4) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan di Malaysia,” katanya di sini hari ini.

Katanya, kelima-lima nelayan yang ditahan turut melakukan ujian saringan Covid-19 mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Nelayan warga asing berkenaan mempunyai permit kerja namun terkandas di sini mungkin kerana Perintah Kawalan Pergerakan namun mereka boleh memperbaharui permit di Jabatan Imigresen,” jelasnya.

Tambah beliau, bot bersama hasil tangkapan dianggarkan sebanyak dua tan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut.

“Bagi kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bagi kesalahan di bawah Seksyen 15(4) Akta Imigresen 1959/63 pula boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM10,000 atau penjara lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali,” tambahnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya