Levi pelbagai peringkat tangguh 1 Julai 2021 - Utusan Malaysia

Levi pelbagai peringkat tangguh 1 Julai 2021

HAMZAH ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelaksanaan levi pelbagai peringkat yang sepatutnya dimulakan 1 Januari ini ditangguhkan sehingga 1 Julai depan.

Selain itu, kadar levi dalam levi pelbagai peringkat bagi setiap sektor dikaji semula untuk memastikan keberkesanan pelaksanaannya kelak.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara itu diputuskan secara bersama Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Berkenaan Pengurusan Pekerja Asing, Kali Ke-4, Bil 1/2020.

Katanya, keputusan tersebut diambil setelah mesyuarat mengambil kira kesan pandemik Covid-19 yang menjejaskan pertumbuhan industri dan membantutkan operasi perniagaan.

“Kita juga bersetuju penggajian pekerja asing kepada subsektor beku logam, barang lusuh dan kitar semula ditutup dengan pelan pengurangan dan pemberhentian penggajian pekerja asing secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun akan datang.

“Justifikasi penutupan adalah berdasarkan keutamaan penggajian pekerja tempatan, pengurangan pelesen dalam subsektor logam, barang lusuh dan kitar semula serta transformasi industri ke arah mekanisasi dan automasi,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Hamzah berkata, pihaknya juga bersetuju supaya penggajian pekerja asing bagi jawatan tukang emas dipertimbangkan di bawah Pas Lawatan Ikhtisas atau Pas Lawatan Profesional (PVP) yang bertujuan melatih tukang emas baharu.

“Perkhidmatan tukang emas warga asing tidak lagi diperlukan selepas tukang emas tempatan cukup untuk memenuhi keperluan industri.

“Kementerian juga akan mengkaji semula dasar penggajian ekspatriat dengan kerjasama Talentcorp dan kerjasama strategik Malaysia Digital Ekonomi Corporation (MDEC) susulan semakan dan kajian terakhir yang dilakukan adalah pada 20 Disember 2016,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya