Lesap RM10,500 diperdaya 'Inspektor Yap' - Utusan Malaysia

Lesap RM10,500 diperdaya ‘Inspektor Yap’

MOHD. WAZIR MOHD YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Panik apabila dikatakan mempunyai hutang kad kredit, seorang kerani akaun di sini kerugian RM10,500 diperdaya ‘Inspektor Yap’.

Kejadian bermula Jumaat lalu apabila wanita berusia 31 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang individu menyamar pegawai bank dari Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, suspek memaklumkan mangsa mempunyai hutang kad kredit sebanyak RM8,500.

“Mangsa memaklumkan tidak pernah mendaftarkan sebarang kad kredit. Kemudian, talian disambungkan kepada wanita bernama Christina dari Bank Negara untuk urusan membuat aduan.

“Selepas itu, talian disambungkan pula kepada ‘pegawai polis’ bernama Inspektor Yap Chee Hong yang meminta mangsa memindahkan wang ke dalam akaun milik seorang lelaki,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Wazir menambah, mangsa juga diminta menyerahkan nombor kod pengesahan transaksi (OTP) untuk melakukan pemindahan wang.

Katanya, mangsa melakukan semakan akaun bank pada petang semalam dan mendapati baki RM10,500 lesap dipindahkan kepada seorang lelaki.

Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini selepas menyedari tertipu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN