Lepaskan warga China guna cap palsu: Pegawai Imigresen didakwa esok - Utusan Malaysia

Lepaskan warga China guna cap palsu: Pegawai Imigresen didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang pegawai Imigresen yang ditahan dipercayai terlibat dalam rasuah bernilai RM22,000 bagi melepaskan dua warga China di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang menggunakan cap palsu akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini esok.

Suspek berusia 26 tahun yang merupakan pegawai Imigresen di Bahagian Operasi KLIA itu didakwa selepas perintah reman terhadapnya bermula Khamis lalu tamat esok.

Menurut sumber, perbuatan pegawai imigresen itu bermula sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negara ini akibat pandemik Covid-19.

Menurut sumber, suspek dikatakan mampu meraih untung sebanyak RM6,000 bagi setiap individu yang dilepaskan selepas ditahan oleh Jabatan Imigresen di KLIA khususnya dalam pemalsuan cap Imigresen bagi proses masuk dan keluar negara.

“Suspek yang bergerak secara sendirian didapati cuba meraih keuntungan secara sendirian tanpa bergerak bersama 39 individu yang ditangkap dalam Ops Selat sebelum ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini malam ini.

Sementara itu, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi berkata, pihaknya telah mendapat kebenaran bagi proses pendakwaan berkenaan yang akan dilaksanakan esok.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam kira-kira pukul 9 esok untuk didakwa mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009,” katanya.

Terdahulu, suspek ditahan ketika menerima rasuah di sebuah stesen minyak berhampiran KLIA pada 2 Disember lalu kira-kira pukul 7.45 malam.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya