Lelaki ditahan bersama 420 minuman keras tidak bercukai - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan bersama 420 minuman keras tidak bercukai

ANTARA minuman keras tidak bercukai yang dirampas bersama seorang lelaki warga tempatan dalam satu serbuan di Jalan Damai Impian, Cheras, Kuala Lumpur petang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Cubaan lelaki menyeludup minuman keras tidak bercukai gagal apabila dia ditahan dalam satu serbuan di Jalan Damai Impian, Cheras, Kuala Lumpur petang semalam.

Dalam serbuan menerusi Op Benteng, lelaki warga tempatan berusia 42 tahun itu berjaya ditahan bersama 420 botol minuman keras tidak bercukai bernilai RM123,189.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Superintenden Rizal Mohamed berkata, pihaknya telah menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah lori dipandu lelaki terbabit.

“Hasil pemeriksaan telah menemukan minuman keras tidak bercukai di dalam 40 buah kotak. Kita turut merampas lori yang membawa minuman keras tersebut dan sebuah telefon bimbit daripada suspek.

“Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM238,689. Suspek dan barang rampasan telah dibawa ke Balai Polis Batu 9 Cheras untuk tindakan lanjut di bawah Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya lagi, dengan tertangkapnya suspek, pihaknya berjaya melumpuhkan salah satu sindiket pengedaran dan penjualan minuman keras di sekitar Cheras dan Kajang.

“Kita menyeru masyarakat agar memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat berhubung sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya