Lebur RM21,257 diperdaya pelaburan palsu - Utusan Malaysia

Lebur RM21,257 diperdaya pelaburan palsu

MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS: Seorang ejen insurans di sini mengalami kerugian RM21,257 selepas diperdaya sindiket pelaburan palsu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, wanita berusia 25 tahun itu menyertai pelaburan tersebut selepas tertarik iklan di Facebook.

“Seorang lelaki telah menghubungi mangsa melalui pesanan di Facebook dan memperkenalkan sejenis pelaburan mata wang.

“Mangsa menyertai pelaburan itu dan telah mendapat aplikasi telefon pintar. Pelaburan pertama dan kedua dibayar untung RM1,300.

“Bagaimanapun, keuntungan seterusnya tidak dapat pulangan dengan alasan akaun pelaburan telah dibekukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ujar Mohd. Wazir, suspek memaklumkan akaun pelaburan mangsa telah dibekukan dan perlu membayar penalti untuk membolehkan keuntungan tersebut dikeluarkan.

Tambahnya, mangsa telah melakukan enam transaksi pembayaran ke dalam tiga akaun milik individu berbeza sebanyak RM21,257 antara tarikh 29 November hingga 4 Disember lalu.

“Selepas membayar penalti, mangsa diarahkan pula supaya membayar sekali lagi penalti seperti jumlah pelaburan. Mangsa tidak lagi membuat sebarang transaksi dan mengesyaki telah ditipu.

“Mangsa juga tidak lagi boleh menghubungi lelaki tersebut kerana telah disekat. Mangsa membuat laporan di Balai Polis Ringlet dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN