Lebuh raya sesak, lori terbalik - Utusan Malaysia

Lebuh raya sesak, lori terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Lebuh Raya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) arah selatan dari Kulai ke Senai dipercayai sesak kira-kira dua kilometer (KM) akibat lori terbalik dalam satu kejadian berlaku di Kilometer 26.6 Lebuh Raya PLUS di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, seorang pemandu lori cedera selepas kenderaan dipandunya terbabas dan terbalik ke tepi jalan lokasi kejadian.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Datuk Yahya Madis berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 8.21 pagi.

Jelasnya, sehubungan itu seramai tujuh anggota beserta sebuah jentera dikejar ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, lori yang membawa muatan makanan sejuk beku itu terbabas ke tepi jalan.

“Manakala pemandu lori yang berusia 24 tahun tersepit di tempat duduk pemandu, sebelum dikeluarkan anggota menggunakan ‘hydraulic cutter’,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian pinggang telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Operasi berkenaan kemudian ditamatkan pada pukul 8.54 pagi.

Ekoran kejadian itu, barangan yang dibawa lori berkenaan turut berterabur di lebuh raya sehingga menyebabkan berlakunya sedikit kesesakan lalu lintas. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya