KOTA BHARU: Lapan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di empat daerah di negeri ini ditutup selepas keadaan banjir semakin pulih, hari ini.
Empat PPS masih dibuka setakat pukul 6 petang ini menempatkan 109 mangsa daripada 22 keluarga.
PPS terbabit adalah PPS SK Tok Deh dan SK Kubang Kual di Pasir Mas serta PPS SK Kamil 3 dan SK Wakaf Raja di Pasir Puteh.
Sementara itu di Rantau Panjang, setakat pukul 6 petang ini, infobanjir.water.gov.my merekodkan paras air Sungai Golok kini 9.63 meter, melebihi paras bahaya 9 meter.
Limpahan air Sungai Golok menyebabkan beberapa buah kampung di sekitar daerah itu termasuk pekan Rantau Panjang mula dinaiki air. -UTUSAN ONLINE