Lagi gangguan bekalan air tidak berjadual, 1,274 kawasan terlibat

Lagi gangguan bekalan air tidak berjadual, 1,274 kawasan terlibat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Usikan orang ramai berhubung gangguan bekalan air di Selangor sebagai ‘acara’ bulanan menjadi realiti.

Ini berikutan 1,274 kawasan di lapan wilayah iaitu Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Gangguan bekalan air tidak berjadual itu disebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Rantau (LRA) Panjang pada 11.30 malam semalam manakala LRA Sungai Selangor (SSP) 1, 2 dan 3 pada 1 pagi tadi berikutan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam kenyataannya berkata, LRA Rantau Panjang telah beroperasi semula pukul 3.30 pagi tadi.

“Manakala bagi LRA SSP 1, 2 dan 3 pula pada pukul 5 pagi tadi setelah bacaan merekodkan pada tahap 0 TON sebanyak tiga kali berturut-turut.

“Maklumat bekalan air boleh didapati di semua saluran komunikasi Air Selangor dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan pagi ini.

10 November lalu, 1,279 kawasan di wilayah sama mengalami gangguan bekalan air yang berpunca daripada pencemaran bau seakan pelarut dikesan di Sungai Selangor sehingga mengakibatkan empat LRA telah dihenti tugas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN