Lagi 230 dikompaun ingkar SOP, 33 pendatang ditahan

Lagi 230 dikompaun ingkar SOP, 33 pendatang ditahan

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 230 individu ditahan Task Force Operasi Pematuhan semalam kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemuanya dikompaun dengan kes tertinggi 76 individu gagal menyediakan peralatan merekod butiran.

“Ini diikuti aktiviti pusat hiburan sebanyak 71 individu, tidak memakai pelitup muka (41) gagal mematuhi penjarakkan fizikal (37) dan lain-lain (5),” kata beliau menerusi kenyataan hari ini.

Jelasnya, sejumlah 2,950 pasukan pematuhan meliputi 13,908 anggota memantau 4,806 pasar raya, 3,603 restoran, 1,605 penjaja, 1,143 kilang, 3,341 bank dan 542 pejabat kerajaan..

Sejumlah 33 pendatang asing tanpa izin juga ditahan melalui Operasi Benteng oleh pelbagai agensi bagi mengekang jenayah rentas sempadan dan sekat penularan wabak Covid-19.

“Lima buah kenderaan darat juga dirampas manakala sebanyak 111 sekatan jalan raya dilaksanakan semalam bagi memastikan sempadan negara dikawal ketat,” jelas Ismail Sabri.

Dalam pada itu, 29 operasi sanitasi awam dijalankan meliputi sembilan zon merah, empat zon jingga, enam zon kuning dan dua zon hijau dengan melibatkan hanya sembilan buah negeri.

Menyentuh kuarantin wajib ujarnya, sehingga kini seramai 7,574 individu pulang ke tanah air sedang menjalani proses itu, manakala 535 individu dihantar ke hospital untuk rawatan.

“Sejumlah 82,427 individu sudah dibenarkan pulang ke rumah setelah menjalani kuarantin wajib di 77 buah hotel serta 16 institut latihan awam dan swasta seluruh negara,” kata beliau.

Sementara itu, pemeriksaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) di 24 tapak binaan semalam turut mendapati kesemuanya adalah mematuhi peraturan SOP ditetapkan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula semalam melakukan pemeriksaan ke atas 679 buah premis iaitu 497 peruncit, 150 pemborong dan 32 pengilang.

“Turut dijalankan di seluruh negara ialah 755 pemeriksaan khas pematuhan SOP PKPP dan kesemuanya didapati mematuhi peraturan kecuali satu premis yang diberi nasihat,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya