Kucing mati tersepit roller shutter - Utusan Malaysia

Kucing mati tersepit roller shutter

KUCING mati tersepit tersepit di pintu 'roller shutter' sebuah premis di Tampoi, Johor Bahru.-GAMBAR: Persatuan Haiwan Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kucing ditemukan mati tersepit dalam keadaan menyayat hati dan dipercayai sengaja dilakukan dalam kejadian berlaku di sebuah premis di Tampoi di sini hari ini.

Persatuan Haiwan Malaysia dalam satu kenyataan memberitahu, kejadian itu disedari orang awam pada pukul 3 pagi sebelum memaklumkannya kepada pihaknya tidak lama kemudian.

Menurut kenyataan itu, kucing berkenaan mati tersepit di pintu ‘roller shutter’ premis terbabit dipercayai angkara perbuatan khianat.

“Kematian kucing itu seperti sengaja dilakukan dengan cara menahan kucing sewaktu ‘roller shutter’ sedang turun secara perlahan untuk menutup premis itu.

“Kucing tidak akan tunggu di satu lokasi jika berlaku bunyi bising. Sudah tentu bunyi ‘roller shutter’ kuat sewaktu turun akan memeranjatkan kucing dan ia akan berlari pergi.

“Kejadian ini seolah-olah badan kucing itu sengaja ditahan hingga leher kucing tersepit,” menurut kenyataan yang dimuatnaik dalam akaun Facebook rasmi persatuan.

Tambah kenyataan itu lagi, pihaknya percaya kejadian berlaku pada pukul 12 tengah malam kerana itu merupakan waktu penutupan ‘roller shutter’ secara automatik. 

“Setiap premis akan menutup pintu ‘roller shutter’ pada pukul 12 tengah malam dan hanya membukanya semula pada pukul 6 pagi.

“Sehubungan itu, selain mengharapkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada pihak terlibatuntuk mengetahui kejadian sebenar.

“Kita turut memohon saksi kejadian untuk berkongsi maklumat melalui talian 01120901097 agar pelakunya dapat dikesan,” tambah kenyataan itu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN