2,335 kes baharu, Kuala Lumpur atasi Selangor - Utusan Malaysia

2,335 kes baharu, Kuala Lumpur atasi Selangor

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kuala Lumpur mengatasi Selangor yang merekodkan kes baharu Covid-19 tertinggi 10 hari berturut-turut dengan mencatatkan sebanyak 728 kes, hari ini.

Manakala Selangor pula merekodkan sebanyak 710 kes diikuti Johor iaitu 412 kes dan Sabah, 248.

Sehingga kini, terdapat 108 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 50 kes memerlukan bantuan pernafasan dengan dua kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 2,335 kes baharu direkodkan yang menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebanyak 103,900 kes.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 20,035 kes.

“Bagi kes sembuh pula, sebanyak 874 kes dan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 83,414 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya