KPDNHEP lupus barangan tiruan RM2.4 juta - Utusan Malaysia

KPDNHEP lupus barangan tiruan RM2.4 juta

HASNOL ZAM ZAM AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melupuskan pelbagai barangan tiruan bernilai RM2.4 juta hari ini.

Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata, kesemua barangan tersebut merangkumi 110 kes yang dihasilkan pada tahun 2018 dan tahun lalu.

“Antara barangan yang dilupuskan terdiri daripada pakaian seperti baju dan seluar sukan, kasut, selipar, jam tangan, beg tangan, aksesori telefon bimbit, alat ganti kenderaan, minyak wangi, minuman keras, cakera optik dan set komputer.

“Jumlah pelupusan keseluruhan untuk kes di ibu negara bagi tahun ini adalah sebanyak 327 kes bernilai RM6.3 juta. Kes tertinggi dalam pelupusan kali ini adalah melibatkan barangan tiruan iaitu sebanyak 87 kes dengan nilai rampasan RM1.3 juta” katanya dalam Majlis Pelupusan Perdana di sini hari ini.

Menurut Hasnol Zam Zam, pelaksanaan pelupusan ini bertujuan membasmi aktiviti penjualan dan penggunaan barangan tiruan selain menunjukkan pihak KPDNHEP komited dalam membanteras masalah penjualan barang tiruan dan salah guna harta intelek.

“Dengan meningkatnya trend pembelian dalam talian, pengguna lebih cenderung tertipu dengan penjual yang sebenarnya memasarkan barangan tiruan, sekali gus menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna.

“Oleh itu, KPDNHEP mengambil tindakan lebih tegas bukan sahaja kepada pemborong atau penjual barangan tiruan, tetapi juga kepada pemilik premis yang menyewakan premis mereka untuk kegiatan tersebut,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya