Kondominium jadi ‘pusat panggilan’ tumpas - Utusan Malaysia

Kondominium jadi ‘pusat panggilan’ tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Satu sindiket perjudian dalam talian yang menjadikan sebuah kondominium di Taman Sri Sentosa, di sini, sebagai pusat panggilan tumpas apabila lima individu ditahan semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 6.50 petang itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, hasil pemeriksaan mendapati seramai tiga lelaki dan dua wanita warga China berusia 17 hingga 43 tahun disyaki sedang menjalankan kegiatan perjudian atas talian. 

“Hasil analisis ke atas komputer itu mendapati terdapat unsur-unsur yang boleh disyaki berkaitan perjudian dalam talian.

“Polis juga merampas lapan komputer riba, set komputer, 42 telefon bimbit pelbagai jenama, satu unit modem D-Link, Router, dua unit Unifi, dan peralatan lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Anuar, mereka dipercayai baru sebulan menjalankan kegiatan itu.

“Kes disiasat Seksyen 4 (1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

“Ini kejayaan kali ketiga menahan warga China yang terbabit dalam kegiatan ini,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya