Kompleks Sukan Hospital Permai lokasi baharu rawatan Covid-19 Johor

Kompleks Sukan Hospital Permai antara lokasi baharu rawatan Covid-19 Johor

INSTITUSI Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Johor Bahru, Kempas, Johor kini menjadi menjadi Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 bermula 4 Disember lalu. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kompleks Sukan Hospital Permai merupakan antara tiga lokasi baharu rawatan Covid-19 yang baharu dibuka di negeri ini susulan peningkatan jangkitan Covid-19 dalam fasa gelombang ketiga bermula awal bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, selain lokasi tersebut, dua lokasi lain adalah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Blok C Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Johor Bahru dan enam wad khusus di Hospital Permai Johor.

Katanya, Kompleks Sukan Hospital Permai mula beroperasi Isnin lalu berfungsi sebagai lokasi tambahan bagi menempatkan pesakit dengan 75 katil kanvas dari Unit Bencana Lapangan Terbang Senai dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor serta sehingga kini menempatkan 58 pesakit Covid-19 yang dirujuk dari daerah lain.

“Selain itu, Blok C ILKKM Johor Bahru yang mempunyai kapasiti maksima 496 katil telah mula beroperasi pada 4 Disember lalu. Individu dimasukkan adalah pesakit Covid-19 dipindahkan dari wad Covid-19 Hospital Permai Johor Bahru dan Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom Kluang. Sehingga kini seramai 631 pesakit telah dimasukkan manakala 386 dibenarkan pulang.

“Malah pesakit Covid-19 tanpa gejala atau dengan gejala ringan juga ditempatkan di enam wad khusus di Hospital Permai Johor Bahru dengan kapasiti terkini sebanyak 244 katil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Vidyananthan, pengurusan pesakit Covid-19 di semua tiga lokasi terlibat iaitu PKRC ILKKM, enam wad tambahan Hospital Permai dan Kompleks Sukan Hospital Permai adalah di bawah pengurusan Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Katanya, perkara itu selaras dengan peningkatan jangkitan Covid-19 di negeri Johor dalam fasa gelombang ketiga.

Dalam pada itu, Vidyananthan memaklumkan, terdapat 105 kes baharu dilaporkan di negeri ini semalam iaitu 61 kes daripada kluster-kluster sedia ada, enam kes melibatkan kluster baharu, 22 kes saringan kontak rapat kes dan 15 kes daripada lain-lain saringan serta satu kes import sekali gus menjadikan kumulatif kes yang dilaporkan adalah sebanyak 2,768 kes. 

“Semalam juga mencatatkan satu kluster baharu yang dilaporkan iaitu Kluster Cahaya Mahsuri iaitu terletak di mukim Tebrau. Kluster ini melibatkan daerah Johor Bahru, Kota Tinggi dan Pontian dan menjadikan kumulatif kluster aktif di Johor adalah sebanyak 20 kes,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya