Kluster Bakti punca Negeri Sembilan tertinggi - Utusan Malaysia

Kluster Bakti punca Negeri Sembilan tertinggi

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Negeri Sembilan hari ini, merekodkan kes tertinggi Covid-19 iaitu sebanyak 541 kes diikuti Selangor 426 kes dan Sabah 248 kes.

Peningkatan mendadak kes di Negeri Sembilan adalah disebabkan pertambahan kes dalam Kluster Bakti membabitkan kawasan penjara iaitu sebanyak 500 kes daripada jumlah keseluruhan kes di negeri tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, selain Kluster Bakti secara keseluruhan, 584 kes adalah berkaitan dengan kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara seperti Kluster Tembok (49 kes), Kluster PTS Sibuga (17 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (8 kes), Kluster Matambai (7 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (2 kes), dan Kluster GK Tawau (1 kes).

“Sebanyak 1,600 kes direkodkan negara dan menjadikan jumlah kes positif sebanyak 74,294 kes manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 11,604 kes.

“Sehingga kini, terdapat 129 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 57 kes memerlukan bantuan pernafasan dan dua kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN