Kita lihat siapa yang kena saman - Aliff Syukri - Utusan Malaysia

Kita lihat siapa yang kena saman – Aliff Syukri

SIDANG media Wanie Chomel yang mendakwa dianiaya pengasas kosmetik popular petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
KUALA LUMPUR: “Dah boleh jalan, carilah rezeki” itu reaksi jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman terhadap dakwaan dia mengekploitasi seorang gadis obesiti.
Turut berkongsi beberapa keping gambar di laman Instagram miliknya, Aliff turut menjelaskan pihaknya akan mendedahkan setiap bukti perbualan dan surat perjanjian dalam menentukan tindakan susulan Isnin ini.
“Ni saya cerita sikit je tau, nak tahu secara terperinci semua rakaman suara dan agg (aggreement) kita tunggu Isnin ni dan apa tindakan yang bakal saya ambil kepada mereka yang tak habis-habis ambil kesempatan untuk menjatuhkan saya. Penatlah layan orang-orang ni. Saya nak niaga tau. Saya tak kacau orang,” tulisnya.
Sementara itu, Aliff turut berterima kasih kepada gadis itu selain memintanya berusaha sendiri untuk mencari rezeki.
“Kepada Wani terima kasih banyak-banyak, awak nak saman saya? Kerjalah adik Wani sayang, sudah boleh berjalan carilah rezeki.
“Orang lain kerja siang malam pagi petang cari rezeki untuk keluarga, awak nak harap duit bantuan sampai bila,” tulisnya lagi.
Terdahulu selebriti laman sosial yang pernah tular kerana mempunyai berat badan hampir mencecah 300kg, mendedahkan dirinya dimanipulasi usahawan kosmetik terkenal.
Bercakap pada sidang akhbar sebentar tadi Wani Comel memberitahu dia bukan sahaja dinafikan haknya sebagai duta produk pelansingan tetapi juga turut mengalami tekanan emosi kerana dimalukan.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya