Ketukan misteri mungkin untuk memukau - Utusan Malaysia

Ketukan misteri mungkin untuk memukau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jangan mudah terperdaya dengan kejadian gangguan ketukan misteri sehingga menjejaskan kehidupan seharian.

Itu tegas Setiausaha Gabungan Perawat Muslim Malaysia (GPMM), Datuk Dr. Ahmad Sabirin Arshad dengan nasihat mereka yang berdepan situasi itu diminta untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran khususnya ayat Kursi kerana gangguan itu berkemungkinan bertujuan untuk memukau.

“Orang ramai diingatkan jangan takut dengan gangguan sebegini, sebagai umat Islam kita perlu percayai kepada Allah dan bacalah ayat Kursi agar gangguan itu tidak muncul lagi.

“Selain itu jangan buka pintu sebab dikhuatiri ada ilmu pukau atau ilmu hitam yang bertujuan untuk melakukan sesuatu kepada kita. Selain ayat Kursi, kita boleh baca sekurang-kurangnya surah al-Fatihah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Sejak kebelakangan ini, seluruh negara digemparkan dengan gangguan misteri ketuk pintu rumah sehingga menghantui penduduk di Sabak Bernam dan Alor Gajah, Melaka, kini mula merebak ke Kampung Melayu Majidee di sini kelmarin.

Misteri ketukan tanpa salam itu bukan hanya berlaku di pintu utama rumah namun kini menyasarkan pintu bilik tidur.

Dalam pada itu Ahmad meminta orang ramai supaya tidak terlalu percaya dengan kisah-kisah mistik yang dikaitkan dengan kejadian itu dan mereka diminta untuk kembali kepada Allah dalam menyembuhkan sesuatu perkara.

“Jangan menyebabkan benda ini mendatangkan gangguan emosi dan fikiran. Sekiranya berlaku, sila hubungi kami agar kita boleh menghantar perawat untuk memberikan bantuan rawatan.

“Namun seeloknya kita kembali kepada Allah iaitu membaca al-Quran dalam rumah agar diberikan ketenangan dalam diri sendiri dan keluarga,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya