Ketukan misteri di Pahang: Penduduk disaran buat kawalan bersama polis - Utusan Malaysia

Ketukan misteri di Pahang: Penduduk disaran buat kawalan bersama polis

ABD. Jalil Hassan (kanan) menjawab pertanyaan pemberita tentang isu ketukan misteri di IPD Bentong, Pahang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Orang ramai tidak perlu panik dengan kes ketukan misteri tengah malam sebaliknya berusaha dan bersiap siaga meningkatkan tahap keselamatan di rumah dan sekitar kediaman.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, penduduk perlu mengambil inisiatif mengadakan rondaan kampung khususnya selepas pukul 12 tengah malam.

Katanya, skuad keselamatan kampung yang terdiri anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan masyarakat boleh digerakkan mengawal kampung demi keselamatan komuniti.

“Dalam hal ini, pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) perlu bertindak proaktif memainkan peranan mengadakan rondaan bersama bersama pihak polis,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.

Baru-baru ini, sebuah keluarga di Kampung Perias di Jerantut dekat sini bukan sahaja pintu rumah diketuk dengan kuat oleh ‘pengetuk misteri’ malah terdapat bau busuk seperti bangkai. 

Abd. Jalil berkata, pada peringkat awal ini, pihak beranggapan bahawa kejadian sedemikian berpunca perbuatan manusia yang bertujuan menakutkan penduduk setempat.

Namun tegasnya, polis tidak mengambil mudah dengan kes itu, jadi rondaan bersama penduduk setempat perlu dilakukan khususnya dalam waktu-waktu tertentu yang dikenal pasti. –

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya