Ketepikan kepentingan peribadi - Raja Muda Perlis - Utusan Malaysia

Ketepikan kepentingan peribadi – Raja Muda Perlis

TUANKU Syed Faizuddin (tengah) berkenan menerima kunjungan sembah mengadap oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju), Mohd Muzzammil Ismail (kiri) di Masjid Al-Ittifaqiah, Mengkuang Layar, Kangar, Perlis hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan para pemimpin agar sentiasa mendahulukan agenda kesejahteraan rakyat dengan mengetepikan segala kepentingan peribadi.

Titah baginda, kesejahteraan rakyat perlu menjadi fokus utama semua pemimpin dalam mendepani cabaran dan situasi semasa.

“Para pemimpin perlu mempunyai sikap mengutamakan kepentingan rakyat serta mengenepikan kepentingan peribadi.

“Mereka yang bersedia untuk bekerjasama dan berkolaborasi merupakan ciri kepimpinan cemerlang yang didambakan rakyat,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menerima kunjungan sembah mengadap Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju), Mohd. Muzzammil Ismail di Masjid Al-Ittifaqiah, Mengkuang Layar di sini hari ini.

Sementara itu Mohd. Muzzammil ketika sesi mengadap berkenaan, memaklumkan mengenai beberapa inisiatif yang dilaksanakan oleh Yayasan Peneraju bagi mempertingkatkan penguasaan bumiputera dalam pelbagai bidang ekonomi melalui akademik, persijilan profesional dan kemahiran.

Manakala, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor ketika mengulas mengenai bentuk kerjasama yang bakal dilaksanakan bersama Yayasan Peneraju itu berkata, aspek keperluan dan kesediaan menjadi elemen utama dalam mengenal pasti kolaborasi yang dijalinkan itu.

“Perkongsian hasrat dan matlamat antara kedua pihak juga adalah faktor yang mendorong kerjasama dalam pendidikan dan kemahiran golongan sasar,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya