Kes Covid-19 tiga angka, tetap kunjungi kelab malam - Utusan Malaysia

Kes Covid-19 tiga angka, tetap kunjungi kelab malam

AYOB KHAN MYDIN PITCHAY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Meskipun kes jangkitan Covid-19 di Johor telah mencecah tiga angka, masih terdapat pihak lagi melanggar prosedur operasi standard (SOP) termasuk berfoya-foya mengunjungi kelab malam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, sebanyak 93 serbuan dilakukan premis hiburan dan kelab malam yang dilakukan pihak polis bermula 1 November sehingga 9 Disember di seluruh negeri.

Katanya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 407 telah ditangkap kerana didapati gagal mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Masih lagi kelab malam beroperasi dan kita akan terus melakukan operasi di seluruh negeri. Saya ada yakin masih melanggar syarat atau dibenarkan beroperasi tetapi melanggar syarat.

“Pada dua tiga hari lepas kita ada serbuan. Memang ada benda ini berlaku, sebab itu kita selalu buat operasi berterusan,” katanya dalam sidang akhbar selepas melakukan tinjauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di Pasar Borong Pandan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ayob Khan memaklumkan, pihaknya telah mengeluarkan 4,869 kompaun kepada individu yang melanggar SOP pematuhan PKPP dan PKPB di negeri ini.

Katanya, pihak polis akan meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan ekoran pertambahan jumlah jangkitan Covid-19 di Johor sejak kebelakangan ini.

“Peningkatan kes positif ini amat membimbangkan kita khususnya di daerah Johor Bahru.

“Seperti semalam terdapat 100 kes Covid-19,  oleh itu kita akan meningkatkan pemantauan dan pematuhan SOP bersama dengan agensi lain,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya