PUTRAJAYA: Selangor mencatatkan kes positif baharu Covid-19 tertinggi iaitu 1,428 kes diikuti Sabah, 274 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 136 kes.
Jumlah terbabit menjadikan kes baharu hari ini yang tertinggi pernah dilaporkan iaitu 2,234 kes di mana sebelum ini, rekod tertinggi ialah 2,188 kes pada 24 November lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tiga kematian dicatatkan dengan lima kluster baharu dikenal pasti.
“Kali ini, Selangor tertinggi berikutan Kluster Seruling yang mencatatkan 842 kes dan 315 kes membabitkan Kluster Hentian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE