Kes baharu 2,018, Selangor rekod jumlah paling tinggi - Utusan Malaysia

Kes baharu 2,018, Selangor rekod jumlah paling tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selangor mencatatkan jumlah harian Covid-19 tertinggi dengan 1,204 kes direkodkan seterusnya menjadi penyumbang terbesar kepada peningkatan 2,018 kes seluruh negara.

Johor pula mencatatkan 278 kes diikuti Sabah (247 kes).

Hari ini turut mencatat kematian baharu membabitkan seorang lelaki berusia 50 tahun di Hospital Tuaran, Sabah menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 sebanyak 438 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 44 kluster melaporkan pertambahan kes dengan peningkatan kes tertinggi ialah Kluster Sungai Putus (507 kes), Kluster Tembok Gajah (234 kes) dan Kluster Pekapuri (202 kes).

Daripada jumlah kes hari ini, sebanyak tujuh kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 2,011 kes adalah penularan tempatan.

Sementara itu, katanya, enam lagi kluster diisytihar tamat iaitu Kluster Teja Kasih, Kluster Permatang, Kluster Kejora, Kluster Bayan, Kluster Numbak dan Kluster Danau menjadikan sebanyak 250 kluster ditamatkan sehingga kini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya