Kes Adib: 'Kita bukan tidak ambil peduli' - Utusan Malaysia

Kes Adib: ‘Kita bukan tidak ambil peduli’

ALLAHYARHAM MUHAMMAD ADIB MOHD. KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kes kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, masih dalam penyiasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, kes tersebut mempunyai jalan penyelesaian walaupun masih menunggu keputusan daripada PDRM.

“Kita bukan tidak ambil peduli. Saya yang ambil peduli dahulu dan kami memang bersungguh-sungguh.

“Sebelum ini kita buat inkues dan keputusannya ‘Criminal Fence’. PDRM semak balik dan belum beri apa-apa keputusan,” katanya dalam ucapan penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN