Kerana masak tidak cukup, kakak ditikam adik ipar mabuk

Kerana masak tidak cukup, kakak ditikam adik ipar mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang wanita maut ditikam adik iparnya dalam kejadian di sebuah rumah pangsa di USJ7, Subang Jaya, dekat sini semalam.

Dalam kejadian sekitar pukul 7 malam itu, mangsa berusia 45 tahun maut ditikam selepas cuba meleraikan pergaduhan di antara suspek dan isterinya.

Ketiga-tiga mereka merupakan warga Myanmar yang bekerja di sebuah kilang sarung tangan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superitenden Amihizam Abdul Shukor berkata, pertengkaran tersebut terjadi hanya kerana isteri suspek tidak menyediakan makanan yang mencukupi.

“Suspek yang dalam keadaan mabuk terus mengamuk, menarik rambut dan menumbuk kepala isterinya. Mangsa yang melihat kejadian itu cuba menenangkan suspek namun ditikam di bahagian belakang badan.

“Suspek berusia 42 tahun itu kemudian cuba melarikan diri namun berjaya ditahan di tingkat bawah rumah. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Amihizam, pihaknya turut merampas sebilah pisau yang disyaki digunakan sebagai senjata pembunuhan di lokasi kejadian.

“Suspek akan direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya