Kerajaan negeri lancarkan Op Lestari 2 hentikan pencerobohan tanah - Utusan Malaysia

Kerajaan negeri lancarkan Op Lestari 2 hentikan pencerobohan tanah

SEBUAH jengkaut digunakan dalam Ops Lestari 2 di Lembah Bertam, Cameron Highlands.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS: Kerajaan negeri melancarkan operasi Op Lestari 2 di Lembah Bertam, di sini bagi menghentikan pencerobohan tanah haram berkeluasan 34.28 hektar membabitkan 98 lot tanah selama dua bermula semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, operasi kali ini adalah bagi menghentikan aktiviti pencerobohan tanah haram sepanjang rezab jalan dan sungai di Lembah Bertam di sini.

“Alhamdulillah setelah dua hari operasi, ia berjalan lancar dan ada antara mereka membuka sendiri khemah plastik kerana mereka memahami meneroka tanah kerajaan secara haram.

“Berbanding dengan operasi penguatkuasan di Sungai Ichat tahun lalu, Ketika itu kita mendapat bantahan begitu hebat daripada pihak peneroka haram ini dan di sini tidak ada masalah,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Wan Rosdy, operasi kali ini menyasarkan kawasan yang terlibat dengan kejadian tanah runtuh dan banjir kilat yang telah mengorbankan nyawa pada November 2014 yang lalu.

Tambahnya operasi kali ini juga dilakukan di bawah Seksyen 425 (1) Kanun Tanah Negara, 1965.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada peneroka tanah yang telah mengosongkan tanah secara sukarela dan terima kasih kepada pejabat tanah serta semua agensi terlibat.

“Saya ambil kesempatan di sini menyeru kepada semua supaya tidak sesekali meneroka tanah kerajaan secara haram kerana ini adalah satu kesalahan,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya