Kerajaan kaji kesesuaian GST, kelemahan SST - Utusan Malaysia

Kerajaan kaji kesesuaian GST, kelemahan SST

MOHD. SHAHAR ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan cukai barang and perkhidmatan (GST) akan dikaji mengikut kesesuaian termasuk model cukai kepenggunaan.

Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd. Shahar Abdullah berkata, kajian tersebut termasuk kelemahan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan GST.

“Selain itu, kajian turut dilakukan berdasarkan kesan keupayaan menangani kegiatan ekonomi gelap, kos sara hidup dan kesan cukai ke atas harga barang.

“Pelaksanaan cukai baharu tidak meningkatkan kos perniagaan di samping dapat mengukuhkan kedudukan fiskal negara,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Wong Shu Qi (DAP-Kluang) sama ada kerajaan akan melaksanakan semula GST ataupun cukai kekayaan (wealth tax) untuk meningkatkan pendapatan kerajaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN