Kepala kanak-kanak pesakit Covid-19 tersangkut pada katil - Utusan Malaysia

Kepala kanak-kanak pesakit Covid-19 tersangkut pada katil

ANGGOTA bomba berusaha menyelamatkan kanak-kanak yang tersangkut pada besi katil di Hospital Tumpat malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang kanak-kanak perempuan pesakit Covid-19 yang sedang menerima rawatan di Hospital Tumpat, di sini cemas apabila kepalanya tersangkut pada bahagian besi katil malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 10.25 malam itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepada mangsa yang berusia empat tahun.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Pegawai Bomba Kanan I Marzuki Awang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian tersebut pada pukul 10.27 malam.

Menurutnya, seramai lapan anggota terus bergegas ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan mangsa.

“Apabilal tiba di hospital, kita dapati kepala mangsa tersangkut dan tersepit di besi katil.

“Anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk memotong besi katil bagi mengeluarkan kepala mangsa,” katanya.

Marzuki memberitahu, operasi tersebut mengambil masa 30 minit dan turut dipantau oleh pegawai perubatan dan jururawat hospital berkenaan.

Para anggota terlibat juga mengikuti prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 termasuk memakai sut PPE ketika menyelamatkan mangsa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya