Kenyataan Tun M kecam Macron dinilai lembaga pemantau Facebook

Kenyataan Tun M kecam Macron dinilai lembaga pemantau Facebook

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengecam Presiden Perancis, Emmanuel Macron berhubung serangannya terhadap Islam menjadi antara kes rayuan terawal yang dinilai oleh lembaga pemantau Facebook.

Lembaga itu berkata, kes Dr. Mahathir menjadi perhatian Facebook kerana ia memberikan kesan kepada sebilangan besar pengguna di seluruh dunia.

“Lebih daripada 20,000 kes dirujuk ke Lembaga Pemantau setelah permohonan rayuan dibuka pada bulan Oktober 2020. 

“Oleh kerana pihak lembaga tidak dapat mendengar setiap rayuan, kami mengutamakan kes-kes yang berpotensi mempengaruhi banyak pengguna di seluruh dunia, yang sangat penting untuk wacana awam atau menimbulkan persoalan penting mengenai polisi Facebook,” katanya dalam kenyataan.

Lembaga itu merujuk kepada rayuan seorang pengguna yang memuat naik tangkap layar dua hantaran Dr. Mahathir di Facebook yang menyatakan bahawa “umat Islam berhak untuk marah dan membunuh berjuta-juta orang Perancis kerana pembunuhan beramai-ramai di masa lalu.”

Beliau memberikan komen selepas Macron memberikan penghormatan terhadap guru sejarah yang dipenggal kepala kerana mempamerkan kartun Nabi Muhammad sebagai bahan perbincangan mengenai kebebasan bersuara. 

Facebook membuang hantaran Dr. Mahathir kerana melanggar polisi ucapan berbaur kebencian, namun pengguna itu berkata, dia mahu meningkatkan kesedaran mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri itu.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir berkata kenyataannya diputar belit dan diambil di luar konteks oleh pihak tertentu sehingga menunjukkan beliau seolah-olah menyokong aktiviti keganasan.

Seramai lima ahli panel akan mempertimbangkan kes tersebut dan mempunyai tempoh sehingga 90 hari sebelum menerbitkan keputusan kes dalam laman sesawangnya.

Lembaga pemantau Facebook diasaskan pada Oktober 2020 dan bertanggungjawab menilai semula rayuan pengguna yang menganggap hantaran status mereka dalam Facebook dan Instagram dipadam secara tidak adil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya