Kementerian Pengangkutan lulus undian belah bahagian - Utusan Malaysia

Kementerian Pengangkutan lulus undian belah bahagian

AZHAR AZIZAN HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatan kuasa bagi Kementerian Pengangkutan selepas diputuskan menerusi undian belah bahagian.

Keputusan undian dimaklumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dengan seramai 109 wakil rakyat menyokong, 94 tidak menyokong dan 17 tidak hadir.

Undian belah bahagian dijalankan selepas lebih 15 ahli Parlimen bangun menyokong supaya RUU itu diputuskan menerusi kaedah tersebut.

Kementerian Pengangkutan menjadi kementerian kelima dengan kelulusan ditentukan menerusi kaedah itu selepas Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Sebelum undian dijalankan, sesi penggulungan bagi kementerian berkenaan dilakukan oleh Menteri, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong.

Terdahulu, Azhar mengarahkan pemerhati bagi setiap ketua blok ketika undi berbelah bahagiandilaksanakan.

Setiap pemimpin blok yang membuat pengiraan dipantau oleh seorang ahli Parlimen daripada pihak lawan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN