Kemelut politik Perak selesai hari ini - Utusan Malaysia

Kemelut politik Perak selesai hari ini

AHMAD MASLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kemelut politik Perak membabitkan tiga komponen Perikatan Nasional (PN) UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)  dijangka selesai hari ini.

Keyakinan tersebut diluahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang memberitahu presiden ketiga-tiga parti sedang mengadakan perbicangan.

“Pada saat dan ketika ini, Presiden UMNO, Pas dan Bersatu sedang berbincang.

“Saya yakin untuk menyelesaikan krisis di Perak. Hari ini selesai. 99.9 peratus selesai,” katanya kepada pemberita di Bangunan Parlimen hari ini.

Kerajaan Negeri Perak terbu­bar selepas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meletak jawatan susulan gagal me­raih sokongan majoriti daripada ahli Dewan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Jumaat lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN