Kemelut politik Perak: Pas Perak serah Pusat buat keputusan 

Kemelut politik Perak: Pas Perak serah Pusat buat keputusan 

RAZMAN ZAKARIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pas Perak menyerahkan kepada kepemimpinan peringkat Pusat untuk membuat keputusan berhubung pembentukan Kerajaan Negeri Perak.

Pesuruhjaya Pas  Perak, Razman Zakaria berkata, Pas negeri akan menuruti segala maklum balas yang akan dikeluarkan oleh Pas Pusat. 

“Justeru, segala pendirian rasmi daripada Pas Perak berkaitan pembentukan kerajaan negeri adalah selari dengan apa yang diputuskan oleh Pas Pusat. 

“Pas Perak mendoakan semoga negeri Perak terus sejahtera dan rakyat negeri Perak kekal aman dan diberkati,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini Pas enggan menyertai kerajaan baharu yang akan dibentuk di Perak susulan peletakan jawatan Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, selepas hilang sokongan di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN