Kemasukan rakyat asing ke Malaysia dibuat ikut kriteria - Utusan Malaysia

Kemasukan rakyat asing ke Malaysia dibuat ikut kriteria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengiraan jadual pemarkahan matrik risiko dibuat berdasarkan kriteria tertentu bagi mengenal pasti sebarang kemasukan rakyat asing ke negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, antara kriteria yang diambil termasuklah bilangan kes Covid-19 bagi sesebuah negara, kadar insiden dan kematian bagi sejuta penduduk dalam tempoh 14 hari kebelakangan, kadar kematian kes serta indeks pemulihan.

MOHD. REDZUAN MD. YUSOF

“Langkah ini dibuat kerana setiap kes import akan menggunakan kemudahan dan fasiliti milik Malaysia untuk merawat kes itu yang sebenarnya berlaku di luar negara.

“Ia boleh mengganggu perkhidmatan kesihatan kerajaan kerana tanggungjawab utama negara ialah menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik termasuk rawatan Covid-19 kepada rakyat Malaysia dan bukannya warga asing yang masuk ke negara ini,” katanya dalam sesi jawab lisan di Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan Dr. Ong Kian Ming (PH-Bangi) berkenaan dasar ‘blanket ban’ yang dilaksanakan terhadap semua rakyat dari negara yang mempunyai kes Covid-19 mencecah 150,000 kes termasuk mereka yang mempunyai permit masuk negara yang sah seperti pemegang Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dan pekerja ekspatriat.

Dalam pada itu, Mohd. Redzuan berkata, keputusan kerajaan mengenakan sekatan kemasukan rakyat negara asing ’ hanya diambil sebagai langkah segera pada awal September lepas berikutan ketika itu kerajaan tidak mempunyai data yang mencukupi mengenai situasi penularan dan kaedah pengekangan wabak Covid-19 di negara-negara luar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya