Kateno maut kemalangan dua buah kenderaan - Utusan Malaysia

Kateno maut kemalangan dua buah kenderaan

Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan yang berlaku di Kilometer 22 Jalan Bahau-Keratong, Jempol pagi tadi yang menyebabkan seorang maut.- Gambar Ihsan PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang lelaki bertaraf permastauntin tetap maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Kilometer 22 Jalan Bahau-Keratong dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7.20 pagi itu, mangsa, Kateno Torefa, 57, meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta Proton Iswara yang dipandunya bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu Toyota Hilux yang merupakan lelaki tempatan berusia 68 tahun dari arah Serting Hilir menghala ke Bahau, setiba ditempat kejadian dia dipercayai gagal mengawal kenderaannya lalu masuk ke laluan bertentangan.

“Kenderaannya kemudian bertembung dengan kereta yang dipandu mangsa di laluan mangsa yang datang dari arah bertentangan. Mangsa beralamat di Estet Kampung Lendu, Alor Gajah, Melaka itu disahkan meninggal dunia ditempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Jempol,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Chang Hook, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat manakala pemandu Toyota Hilux hanya mengalami cedera ringan dan mendapat rawatan di hospital yang sama.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya