Kapal tangki dinaiki 26 warga asing ditahan - Utusan Malaysia

Kapal tangki dinaiki 26 warga asing ditahan

KAPAL tangki yang ditahan Maritim Malaysia selepas didapati berlabuh tanpa kebenaran di kedudukan kira-kira 4.9 batu nautika barat daya dari Pulau Upeh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sebuah kapal tangki dinaiki 26 kru warga asing ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka dan Negeri Sembilan selepas dikesan berlabuh tanpa kebenaran, di sini semalam. 

Dalam kejadian pukul 1.15 petang itu, kapal tersebut ditahan ketika berlabuh di luar batas pelabuhan Melaka di kedudukan kira-kira 4.9 batu nautika barat daya dari Pulau Upeh. 

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Komander Maritim Azman Samsudin berkata,  maklumat pengesanan kapal tersebut telah diterima sepasukan bot ronda Maritim Malaysia yang melaksanakan operasi di perairan Melaka-Negeri Sembilan. 

Katanya, hasil pemeriksaan, kapal tersebut dikendalikan oleh 26 kru warga Republik Hellenic, Romania, Filipina dan Rusia berusia antara 19 hingga 56 tahun. 

“Kapal tangki tersebut MT TAHITTI IMO  9600877 telah ditahan setelah gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran berlabuh daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

“Kesemua 26 kru warga asing telah diminta untuk memberi keterangan dan pihak ejen yang terlibat akan menguruskan berkaitan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 terhadap kesemua mereka sebelum dibenarkan turun dari kapal berkenaan,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini. 

Menurut Azman, kapal tangki tersebut ditahan bagi membantu siasatan atas kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. 

“Kes ini telah diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Maritim Malaysia Negeri Melaka dan Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut,” katanya. 

Terdahulu, beliau turut meminta orang ramai agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah dan kecemasan di laut menerusi Pusat Operasi Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan di talian 06-3876730 dan MERS 999 yang beroperasi secara 24 jam. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya