Kanak-kanak jatuh tingkat empat kini stabil - Utusan Malaysia

Kanak-kanak jatuh tingkat empat kini stabil

KANAK-kanak perempuan berusia 10 tahun dibawa ke Hospital Putrajaya dengan menaiki ambulans setelah terjatuh DARI tingkat empat, Blok B Zon 6B, Presint 11, Putrajaya, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang terjatuh dari tingkat empat kuarters penjawat awam, di Presint 11, semalam kini berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali berkata, mangsa kini dirawat di Zon Semi Kritikal, Hospital Putrajaya.

Beliau berkata, doktor yang merawat mangsa memaklumkan, mangsa kemungkinan mengalami patah tulang belakang dan tulang rusuk.

“Pemeriksaan juga mendapati, mangsa turut patah tulang selangka. Pengesahan lanjut akan dimaklumkan oleh doktor pakar esok,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati, mangsa difahamkan bermain-main di sekitar koridor di kuarters berkenaan sambil membaling botol.

Bagaimanapun, Mohd. Fadzil berkata, botol yang dibaling mangsa terkeluar dari koridor dan terjatuh di atas ‘awning’.

“Mangsa dikatakan cuba mengambil botol itu namun tersalah langkah sebelum tergelincir dan jatuh di kawasan tempat letak motosikal.

“Ketika kejadian, bapa mangsa berada di dalam rumah dan ibu mangsa bekerja. Bapa mangsa merupakan anggota sukarelawan Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.23 petang itu, mangsa dikenali sebagai Nur Alya Maisarah Kamarulfaizal cedera selepas terjatuh dari tingkat empat di sebuah kuarters penjawat awam di Presint 11. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya