Kanak-kanak 12 tahun dirogol 15 lelaki - Utusan Malaysia

Kanak-kanak 12 tahun dirogol 15 lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Kanak-kanak berusia 12 tahun mendakwa dirogol 15 lelaki termasuk seorang kenalannya yang baharu dikenali dua hari menerusi aplikasi WhatsApp, pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mangsa yang merupakan murid tahun enam mendakwa dirogol 15 lelaki berusia dalam lingkungan 12 hingga 19 tahun itu di dua rumah berasingan di antara pukul 4 petang hingga 3 pagi. 

Katanya, mangsa dikatakan dibawa oleh suspek ke salah sebuah rumah lain yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumah pertama.

“Kejadian terbongkar apabila mangsa yang dikatakan tidak pulang ke rumah selama dua hari, didesak oleh ahli keluarganya yang ingin tahu ke mana dia pergi. 

“Mangsa kemudian menceritakan hal sebenar dan tampil membuat laporan polis pada Selasa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Hanyan berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan di Hospital Kemaman mendapati terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa.

Katanya, susulan laporan tersebut, polis berjaya menahan 10 lelaki petang semalam termasuk seorang penganggur berusia 19 tahun bagi membantu siasatan.

“Kesemua mereka ditahan reman sehingga Ahad ini dan kita masih mengumpul maklumat mengenai lima lagi lelaki bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya