Kampung Pisang Bersiri-Siri, Mamat Khalid sindir isu semasa - Utusan Malaysia

Kampung Pisang Bersiri-Siri, Mamat Khalid sindir isu semasa

MAMAT KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah tersohor tanah air, Mamat Khalid mengaku karya terbarunya menerusi drama Kampung Pisang Bersiri-Siri (KPBS) adalah sebagai satu sindiran kemasyarakatan mengenai isu semasa yang sedang berlaku dalam negara.

Menurutnya, dia yakin menerusi penceritaan dengan gaya parodi komedi atau satira, penonton dapat menerima kritikan sosial tentang sesuatu isu yang dibangkitkan dalam drama KPBS.

“Memang banyak isu semasa yang saya ‘sembangkan’ dalam KPBS. Maklumlah, orang kampung macam saya ni memang suka bersembang. Jadi saya muatkannya dalam bentuk penceritaan drama episod.

“Kalau orang kata drama ini mengandungi banyak elemen satira dan kritikan, saya jawab ya sebab itu cara saya menyelitkan unsur dialog rakyat marhaen dalam drama ini,” katanya.

Selain itu kata Mamat, dalam berhibur, dia menaruh harapan agar naskahnya kali ini diterima baik oleh semua penonton kerana cukup besar hasratnya untuk membawa KPBS ke satu tahap yang mampu memuaskan hati semua pihak.

“Dari segi penceritaannya, imejannya, saya kena tekankan perkara itu lebih sebab sudah tentulah saya mahu hasil kerja ini dilihat sebagai lebih baik daripada yang sebelumnya dan berdaya saing.

“Paling utama, penonton dapat menerimanya dengan baik,” katanya.

KPBS menghimpunkan barisan watak komedi daripada francais terdahulu antaranya menerusi watak signifikan Pak Jabit, Husin, Kak Limah, Cik Purnama, Chomprak, Joko Anuar dan Barkoba.

Watak-watak berkenaan adalah gabungan daripada filem Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah, Hantu Kak Limah Balik Rumah serta drama berjudul 16 dan 17 Puasa.

Drama durasi 12 episod itu akan memulakan tayangan pertamanya pada setiap Isnin bermula pada malam ini pada pukul 9 malam di saluran Astro Citra, saluran 108 (HD) dan 128 (SD).

Antara bintang yang terlibat menjayakan drama ini termasuk Datuk Awie, Bell Ngasri, Kazar, Aziz. M. Osman, Sharwani NS, Joey Daud dan ramai lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya