Jualan pakaian sekolah merosot - Utusan Malaysia

Jualan pakaian sekolah merosot

PEMBORONG yang juga pengedar pakaian sekolah, Ahmad Saufiq Mohamad, 38, menunjukan baju sekolah yang dijual di kedainya ketika tinjauan di Bagan Serai hari ini. - UTUSAN/ WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Kebiasaannya setiap hujung tahun, kedai menjual pakaian seragam sekolah menjadi tumpuan untuk ibu bapa membeli keperluan persekolahan sesi baharu untuk anak mereka.

Namun, keadaannya berbeza tahun ini apabila kedai menjual pakaian sekolah sepi tanpa ada lagi suasana pelanggan yang bersesak-sesak memilih pakaian sekolah anak mereka.

Tinjauan di beberapa buah kedai menjual pakaian sekolah di bandar ini mendapati perniagaan agak perlahan tanpa berlaku keadaan bersesak para pelanggan.

Ini diakui seorang peniaga pakaian sekolah, Loh Suet Sem, 63, yang berkata, jualan pakaian sekolah di kedainya merosot tahun ini berbanding tahun lepas.

“Tahun ini jualan baju sekolah agak merosot, biasanya pada setiap hujung tahun, ramai ibu bapa yang datang ke kedai saya bersama anak-anak mereka.

“Namun untuk tahun ini, setakat ini hanya lima orang sahaja yang membeli baju sekolah iaitu sejak awal bulan ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, pemborong yang juga pengedar pakaian sekolah, Ahmad Saufiq Mohamad, 38, berkata, perniagaannya yang menjual seragam sekolah rendah, menengah serta sekolah agama juga mengalami kemerosotan.

Menurutnya, tahun ini tiada keadaan seperti tahun lepas yang mana ibu bapa bersesak untuk memilih pakaian seragam sekolah anak mereka.

“Sebelum ini, hasil jualan boleh mencecah sehingga RM15,000 namun untuk tahun ini dengan tempoh jualan yang sama hanya sekitar RM4,300.

“Senario ini tidak pernah berlaku  sebelum  ini, segalanya merosot termasuk tempahan baju dari pihak sekolah seperti baju-T sukan sekolah, baju kelab, persatuan sekolah dan tadika swasta,” katanya.

Menurut Ahmad Saufiq, dia turut menjalankan perniagaan secara atas talian untuk meningkatkan jualannya.

Sementara itu, kerajaan hari ini mengumumkan penggal persekolahan akan bermula pada 20 Januari tahun depan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya