JPJ sasar RM2 juta bidaan nombor plat DDX - Utusan Malaysia

JPJ sasar RM2 juta bidaan nombor plat DDX

Hanif Yusabra Yusuf (kiri) bersama pegawai-pegawai JPJ menunjukkan plat nombor DDX1 yang dibuka bidaannya kepada orang ramai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menyasarkan kutipan lebih RM2 juta hasil bidaan bagi siri nombor pendaftaran DDX yang akan dibuka selama lima hari bermula 10 Disember ini.

Pengarahnya, Hanif Yusabra Yusuf berkata, bidaan itu terbuka kepada warganegara dan penduduk tetap yang berusia 18 tahun ke atas termasuk perniagaan dan syarikat yang berdaftar.

Katanya, bagi siri nombor pendaftaran utama harga minimum ditetapkan RM20,000, nombor menarik RM3,000, nombor popular RM800 dan nombor biasa RM300 selain dikenakan kadar minimum sebanyak lima peratus daripada harga bidaaan.

“Tiada had untuk membida namun, setiap kategori pembida mempunyai had kelayakan untuk menjadi pemenang.

“Bagi pembida individu, had kelayakan menjadi pemenang adalah sebanyak tiga nombor kenderaan bagi setiap siri manakala bagi syarikat atau perniagaaan lima nombor kenderaan bagi setiap siri,” katanya dalam sidang akhbar di Harima Motor Sdn. Bhd., di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hanif Yusabra, berkata sepanjang tempoh JPJeBid diperkenalkan iaitu sejak siri DDP hingga DDW,  jumlah kutipan hasil JPJ Kelantan adalah sebanyak RM11.88 juta.

Katanya, merujuk kepada statistik bidaan JPJeBid di seluruh negara nombor siri pendaftaran  PPP mengutip hasil tertinggi  sepanjang sistem itu diperkenalkan dengan mencatat kutipan sebanyak RM7.3 juta 

“JPJ Kelantan pula merekodkan siri nombor pendaftaran DDW 1 adalah RM250,000, DDP RM1.04 juta manakala DDQ RM1.25 juta.

“Sementara itu, DDR sebanyak RM1.3 juta, DDS RM1.6 juta, DDT RM1.3 juta, DDU RM1.7 juta, DDV RM1.9 juta dan DDW RM1.4 juta,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya