JPJ keluar 707 saman dalam dua jam - Utusan Malaysia

JPJ keluar 707 saman dalam dua jam

KENDERAAN perdagangan yang diperiksa dalam Ops Halangan di susur keluar plaza tol Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) Juru dekat Bukit Mertajam, Pulau Pinang malam tadi. -UTUSAN/ SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan sebanyak 707 saman dalam tempoh hanya kira-kira dua jam dalam Ops Halangan di kedua-dua arah plaza tol Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) Juru dekat Bukit Mertajam, di sini malam tadi.

Operasi bermula pukul 8 malam itu membabitkan seramai 120 pegawai dan anggota pelbagai agensi termasuk JPJ; Polis Diraja Malaysia (PDRM); Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

Pengarah JPJ negeri, Adenan Md. Isa berkata, sebanyak 2,080 kenderaan persendirian dan kenderaan perdagangan yang menjadi sasaran operasi itu diperiksa.

Menurut beliau, sebanyak 65 saman membabitkan kesalahan kayu penyendal dikeluarkan terhadap pemandu kenderaan perdagangan.

“Kayu penyendal yang kebiasaannya dibawa pemandu bertujuan untuk disendal pada tayar kenderaan yang berhenti terutamanya di kawasan berbukit dan jalan tidak rata.

“Kita mengingatkan pemandu supaya jangan letak kayu penyendal di bawah treler kerana boleh terpelanting semasa kenderaan membelok sekali gus merisikokan pengguna lain yang mungkin terlanggar halangan atas jalan raya,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Antara notis lain yang turut dikeluarkan membabitkan kesalahan cermin gelap (229), tayar haus (47) serta kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik (35) manakala lapan pemandu turut dikesan positif dadah.

Sementara itu, Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS Malaysia Berhad, Mohd. Yusuf Abdul Aziz memaklumkan, sehingga November 2020, jumlah kemalangan disebabkan oleh objek di atas jalan raya menurun sebanyak 19 peratus tahun ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya