JOHOR BAHRU: Johor mencatat jumlah tiga angka untuk kes baharu Covid-19 apabila hari ini merekodkan 102 kes.
Perkembangan itu menyaksikan Johor merupakan negeri ketiga jumlah tertinggi jangkitan Covid-19 selepas Selangor (249) dan Sabah (229).
Jabatan Kesihatan negeri memaklumkan, Batu Pahat merupakan daerah paling tinggi kes Covid-19 iaitu 50 kes dan diikuti Johor Bahru dengan 40 kes.
“Selain itu daerah Muar mencatatkan lima kes manakala Pontian pula empat kes manakala Kota Tinggi dan Kulai masing-masing satu kes di samping satu kes import.
“Selain itu, terdapat 20 kes sembuh dilaporkan pada hari ini,” jelas jabatan itu.
Semalam, negeri ini mencatatkan 68 kes positif Covid-19. -UTUSAN ONLINE