Johor catat 68 kes positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Johor catat 68 kes positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Johor mencatatkan 68 kes baharu Covid-19 hari ini sekali gus mencatatkan jumlah tertinggi untuk minggu ini.

Jabatan Kesihatan negeri memaklumkan, daerah Batu Pahat mencatatkan jumlah kes paling tinggi iaitu 40 kes diikuti Johor Bahru dengan lapan kes.

Selain itu daerah Segamat mencatatkan enam kes positif dan diikuti Muar (lima), Kluang (dua), Tangkak (dua), Kota Tinggi (satu) dan Kulai (satu).

“Terdapat tiga kes import manakala jumlah kes sembuh pula dicatatkan 26 orang,” jelas jabatan itu.

Semalam, negeri ini mencatatkan 54 kes positif Covid-19. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya