KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah selamat dikebumikan di Makam Pahlawan kira-kira 3.15 petang tadi.
Solat jenazah dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Husni pada 2.30 petang sebelum dibawa ke Lingkaran Makam Pahlawan untuk dikebumikan.
Istiadat Pengebumian Negara diadakan dengan bacaan talkin, bacaan surah Yasin dan doa.
Penyerahan bendera Malaysia oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM, Datuk Sallehhuddin Hassan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak menandakan selesai majlis istiadat pengebumian pada 3.45 petang. -UTUSAN ONLINE