Jenazah tiga beradik dikebumikan malam ini - Utusan Malaysia

Jenazah tiga beradik dikebumikan malam ini

SEORANG duda menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat sembilan dalam kejadian di Blok D PPR Krubong, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jenazah tiga beradik yang maut dalam kemalangan di Ipoh, Perak dijangka dikebumikan di Kampung Sungai Putat, Batu Berendam di sini malam ini.

Bagaimanapun, masa pengebumian belum dapat dipastikan memandangkan jenazah Muhammad Adam Hakimi Muhammad Alhafiz, 7 dan dua adiknya, Muhammad Lutfi Hakim, 3, dan Muhammad Affan Hafiy yang berusia setahun masih berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Ketiga-tiga mereka akan dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Putat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 petang di Kilometer 272.5, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Gunung Lang semalam, ketiga-tiga mereka bersama ibu, Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, 27, dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang.

Sementara itu, tinjauan di rumah keluarga bapa kepada tiga kanak-kanak itu di Taman Seri Jati mendapati ahli keluarga dan sanak saudara mula berkumpul untuk menunggu ketibaan jenazah tiga beradik berkenaan.

Suasana suram menyelubungi kediaman keluarga berkenaan setelah mendapat berita tentang kejadian menimpa empat beranak tersebut. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya