JAS siasat ribuan ikan mati di Sungai Tumboh - Utusan Malaysia

JAS siasat ribuan ikan mati di Sungai Tumboh

RIBUAN ikan yang mati di Sungai Tumboh dekat Kampung Gajah, Perak yang tular dalam laman sosial Facebook. - GAMBAR MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak sudah menghantar sekumpulan pegawai untuk mengkaji punca ribuan ikan mati di Sungai Tumboh dekat Kampung Gajah yang tular dalam laman sosial Facebook hari ini.

Pengarahnya, Rozli Zul berkata, siasatan awal mendapati kawasan yang terbabit dengan kematian ikan berkenaan terletak jauh dari kawasan perindustrian yang memungkinkan berlakunya pencemaran air.

“Bagaimanapun terdapat sebuah kilang memproses sawit dan kawasan pertanian terletak berhampiran lokasi.

“JAS sedang mengenal pasti punca dan mengambil sampel air di kawasan itu untuk dianalisis terlebih dahulu.

“Kita sedang melihat segala kemungkinan yang menjadi punca kejadian,” katanya ketika dihubungi.

Perkara itu turut dikongsi Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam laman facebook rasmi beliau.

“Menerima beberapa keping gambar dan video menunjukkan banyak ikan mati di Sungai Tumboh, Kg Gajah.

“Saya telah minta pihak JAS menyiasat segera,” katanya dalam laman Facebook beliau hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya