Jangan terpedaya taktik menyamar pegawai SPRM - Utusan Malaysia

Jangan terpedaya taktik menyamar pegawai SPRM

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mengenali rapat dengan pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Itu taktik digunakan pihak tertentu demi mendapatkan wang rasuah daripada orang ramai. 

Dalam hal itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan taktik sedemikian termasuk mereka yang cuba menunjukkan gambar-gambar bersama pegawai kanan SPRM dan Timbalan Pendakwa Raya di suruhanjaya itu.

Menurut beliau, turut dikesan ialah mereka cuba memperdaya mangsa melalui gambar-gambar pernah berada di premis dan program-program pencegahan SPRM.

“Taktik berkenaan digunakan bagi meyakinkan mangsa terlibat sekali gus bertujuan mendapatkan wang rasuah.

“Sehubungan itu, orang ramai yang dihubungi  mana-mana pihak dengan memperkenalkan diri mereka sebagai pegawai SPRM atau Timbalan Pendakwa Raya bagi menyelesaikan sesuatu kes SPRM, harus merujuk perkara tersebut kepada suruhanjaya ini terlebih dahulu untuk pengesahan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Semalam, empat individu ditahan SPRM kerana disyaki meminta wang rasuah sebanyak RM60,000 bagi menyelesaikan kes siasatan agensi itu.

Kes berkenaan terbongkar hasil kerjasama daripada mangsa terlibat.

Dalam pada itu, Azam berkata, SPRM pada masa sama tidak akan berkompromi jika perkara berkenaan turut melibatkan mana-mana pegawai SPRM sekali gus  tindakan sewajarnya boleh dikenakan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya