'Jangan cuba tinggalkan kediaman' - Utusan Malaysia

‘Jangan cuba tinggalkan kediaman’

ANGGOTA tentera dan polis melakukan rondaan di Taman Pinji Mewah berikutan pelaksanaan PKPD di kawasan perumahan itu di Ipoh. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Penduduk yang berada dalam zon Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti baharu di sini diingatkan agar tidak keluar meninggalkan kediaman mereka.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, pihak berkuasa mempunyai senarai setiap penghuni di kawasan berkenaan.

Menurutnya, penduduk perlu mematuhi arahan serta memberikan kerjasama baik kepada pihak berkuasa sepanjang tempoh penguatkuasaan tersebut.

Beliau berkata, penduduk juga diingatkan supaya terus kekal di tempat tinggal masing-masing ketika tempoh PKPD dilaksanakan bagi membolehkan pengesanan status kesihatan dan saringan dilakukan pihak berkuasa.

“Jika ada antara mereka yang cuba keluar, polis akan kesan kerana kita mempunyai maklumat lengkap setiap penghuni dan kediaman.

“Oleh itu penduduk diminta supaya bertenang dan ikuti arahan-arahan yang dikeluarkan supaya tidak ada penularan keluar kes Covid-19,” katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi kawalan dan pemantauan pasukan keselamatan di Taman Pinji Mewah di sini hari ini.

Bermula hari ini, dua lokaliti baharu di sini dikenakan PKPD selama 14 hari iaitu di Taman Pinji Mewah Zon B melibatkan seramai 1,628 penduduk manakala di Klebang Jaya Zon A pula kira-kira 1,061 orang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya