Jakim sedia tambah kakitangan, perbaiki SOP pensijilan halal

Jakim sedia tambah kakitangan, perbaiki SOP pensijilan halal

AHMAD Marzuk Shaary menyuap pulut kuning kepada kanak-kanak yang bakal dikhatankan di Dewan Pasti Kedai Buluh, Kota Bharu hari ini. - FOTO/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menambah baik pengurusan dan prosedur operasi standard (SOP) pensijilan halal termasuk menambah bilangan kakitangan, susulan isu kartel daging di negara ini baru-baru ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, jumlah kakitangan yang bertugas di Bahagian Halal diakui sangat minimum dan kapasiti tenaga kerja tersebut perlu dibuat penilaian semula.

“Penambahan kakitangan ini dilihat mampu menampung keperluan mendesak terutama di bahagian pemantauan dan penguatkuasaan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Berkhatan Perdana Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang dalam kawasan Parlimen Pengkalan Chepa di Dewan Pasti Kedai Buluh, di sini hari ini.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki sebelum ini pernah mengemukakan enam tindakan segera yang perlu diambil oleh kerajaan bagi menangani isu kartel daging.

Antaranya menambah bilangan kakitangan Jakim yang kini bergerak dengan tenaga kerja minimum.

Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk berkata, penguatkuasaan halal tidak boleh digalas Jakim semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama pelbagai agensi seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Sehubungan itu katanya, Jakim akan memperkukuhkan kerjasama sedia ada dengan agensi-agen berkaitan dari semasa ke semasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya