Isu kartel daging haram perlu penyelesaian tuntas - Utusan Malaysia

Isu kartel daging haram perlu penyelesaian tuntas

MOHD. HAIRI MAD SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Cadangan menubuhkan pasukan khas siasatan dan mendedahkan segera dalang kartel daging haram adalah wajar kerana masalah itu perlu diselesaikan secara tuntas oleh pihak berwajib apatah lagi membabitkan soal maruah umat Islam

Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, isu berkenaan telah memberikan keraguan umat Islam terhadap status halal daging import yang berada dalam pasaran ketika ini.

“Pemuda UMNO Johor menyokong dan menyambut baik saranan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki supaya kerajaan menubuhkan pasukan khas siasatan dan mendedahkan segera syarikat kartel daging haram. 

“Penyelesaian secara bermaruah perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang spekulasi negatif terhadap pihak berkenaan dan menjamin daging yang dijual tidak diragui status halalnya. 

“Pihak bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan dan seperti kenyataan Ketua Pemuda UMNO biar siapapun terlibat, pangkatnya mereka tidak boleh dilindungi. Ia melibatkan maruah umat Islam,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Pada 2 Disember lalu, sebuah akhbar arus perdana mendedahkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (Maqis) serta Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyerbu sebuah stor di Senai, dekat sini yang didapati meletakkan label halal terhadap daging yang diimport.

Hari ini, Asyraf Wajdi menerusi satu hantaran di Facebooknya berkata, Pemuda UMNO mendesak agar ditubuhkan segera pasukan khas bagi menjalankan penyiasatan dan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sebarang bentuk penyelewengan termasuk rasuah dalam isu kartel daging haram ini. 

Katanya, pasukan khas itu perlu melibatkan pelbagai agensi kawal selia dan penguatkuasaan industri halal termasuk pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Tegasnya, ini penting bagi mengembalikan kepercayaan dan keyakinan umat Islam terhadap keabsahan status halal daging import yang berada dalam pasaran. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya